Tuesday, March 29, 2011

VIDEO BERKUMPULAN (MARACAS CANDY)


Maracas Candy ini merupakan salah satu instrumen muzik. Keistimewaan Maracas Candy ini ialah warna yang menarik iaitu gabungan warna merah dan putih dan corak yang pelbagai. Selain itu, Maracas Candy ini mudah disediakan dan amat berguna untuk kanak-kanak kelainan upaya yang mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan yang baik. Hal ini kerana Maracas Candy boleh dibunyikan untuk merangsang pendengaran mereka dan warna yang ceria dapat menarik perhatian kanak-kanak tersebut.

Monday, March 28, 2011

IO GAMBAR REKACIPTA (MARACAS CANDY)










Teknologi Bluetooth baru yang bakal lancar Januari 2011

BLUETOOTH ialah satu piawai teknologi wayarless terbuka untuk penukaran data pada jarak dekat (menggunakan gelombang radio julat pendek) dari alat-alat mudah alih dan tetap, mencipta rangkaian kawasan persendirian (PAN) dengan tahap keselamatan tinggi. Dicipta oleh vendor telekomunikasi Ericsson pada 1994, ia pada asalnya difikirkan sebagai satu pilihan wayarles kepada kabel data RS-232. Ia boleh bersambung dengan beberapa alat, mengatasi masalah penyelarasan. Hari ini Bluetooth ditadbir oleh Bluetooth Special Interest Group (SIG).

Bluetooth menggunakan satu teknologi radio memanggil lompatan frekuensi spektrum rebak, yang menebas data dihantar dan menghantar ketulan ia pada sehingga 79 kumpulan-kumpulan 1 kelebaran MHz dalam julat 2402-2480 MHz. Ini berada dalam secara global Industrial tidak berlesen, Scientific dan Medical (ISM) 2.4 GHz jalur frekuensi radio jangka pendek. Dalam Classic Bluetooth, yang juga merujuk untuk sebagai kadar asas (BR) mod, modulasi ialah anjakan frekuensi Gauss menekan (GFSK). Ia boleh mencapai satu kadar data kasar 1 Mbit / s. Dalam kadar data lanjutan (EDR) π/4-DQPSK dan 8DPSK, masing-masing memberi 2 dan 3 Mbit /s.

BLUETOOTH merupakan teknologi rangkaian tanpa wayar yang dinamakan sempena nama Harald Bluetooth, bekas Raja Denmark yang terkenal kerana sentiasa membantu rakyatnya berkomunikasi. Beliau juga merupakan orang yang bertanggungjawab menyatukan Denmark dan Norway.

Dari segi teknologinya, Bluetooth berfungsi menghubungkan hubungan dua hala pelbagai peralatan elektronik untuk jarak dekat iaitu kurang daripada 10 meter. Teknologi tanpa wayar (wireless) ini bukan sahaja digunakan untuk menghubungkan telefon dengan telefon, telefon dengan set kepala tetapi juga pelbagai peralatan lain.

Kelebihannya boleh menghubungkan komputer dengan pencetak, komputer dengan telefon, komputer dengan PDA (alat bantuan digital) dan sebagainya. Teknologi rangkaian Bluetooth adalah selamat kerana ia menggunakan signal radio yang 1,000 kali lebih rendah daripada teknologi tanpa wayar yang digunakan telefon bimbit masa kini.
Ia juga adalah selamat kerana apabila sambungan dibuat tiada siapa dapat mencuri dengar apabila anda menggunakannya. Bagi set kepala yang disambung kepada telefon, ia menggunakan peraturan yang dikenali sebagai `pairing’ atau `pemadanan’.
Kos agak mahal, tetapi berbaloi-baloi. 





10 Video Teknologi dan Inovasi

Teknologi lampu dan transportasi di pameran Tokyo


Sains komputer : Masa depan komputer generasi ke-5 (kecerdikan buatan/artificial)


iPhone 4G transformers phone concept


Transparent OLED screen! CES 2010


Future of screen technology



New slimest pendrive from HP


Gelombang otak kendalikan perangkat rumah


Toshiba Libretto W100 Notebook UMPC dengan dua layer berita teknologi terbaru berita komputer


Holographic text messages


Keindahan lampu neon di I-City

Friday, January 28, 2011

10 GAMBAR MENGENAI TEKNOLOGI DAN INOVASI

1) KOTAK EKSESORI




Kotak ini digunakan untuk menyimpan eksesori wanita. Kotak ini mempunyai 3 bahagian bagi memuatkan kesemua eksesori pemilik tersebut. Kotak ini mudah disediakan dan ringan.


2) KERETA DARI GEL LEMBUT

Kereta ini merupakan kereta rekaan HONDA dan diberi nama PUYO. Kenderaan ini direka dengan ciri lebih mesra alam dan berkonsepkan kenderaan masa depan. Badan kereta ini diperbuat daripada gel lembut yang akan membuatkan orang mahu menyentuhnya. Bahan bakar yang digunakan untuk menggerakkannya adalah Hidrogen. Hidrogen dijana bersama udara untuk menghasilkan tenaga elektrik. Kenderaan ini juga mengeluarkan air pada ekzosnya. 
3) CERMIN MATA MENTERJEMAH

Cermin mata tanpa kanta ini berfungsi menterjemah perkataan dalam bahasa Inggeris kepada bahasa Jepun. Cermin mata ini direka dengan dilengkapi komputer yang mampu menyediakan sarikata drama televisyen atau filem semasa perbualan antara dua orang yang memakainya. Setiap perkataan pengguna akan dirakam oleh mikrofon sebelum diterjemahkan dan disiarkan pada cermin mata penggunanya. Pengguna dapat memastikan perbualan itu berjalan dengan lancar.
 4) MESIN CUCI UNIK BERSOFA


Mesin ini bukan sahaja digunakan untuk mencuci dan mengeringkan pakaian tetapi juga turut berfungsi sebagai sofa. Mesin ini tidak memerlukan serbuk pencuci dan air sebaliknya membersihkan pakaian dengan menggunakan udara. Maka pakaian tidak perlu dikeringkan.

5) ROBOT MEMASAK

Robot ini direka khas untuk membantu tugas manusia. Robot ini bernama Okonomiyaki. Robot ini boleh melakukan semua proses membuat roti, seperti mengadun, menuang ramuan ke loyang, membalik makanan dan menyajikan di atas piring.
6) KAPAL PERANG SILUMAN

Kapal ini tidak dapat dikesan oleh radar pihak musuh. Kapal ini bersifat senyap dan mampu menepati sasaran. Senjata kapal ini disembunyikan di dalam tubuh kapal. Apabila terjadi pertempuran barulah senjata-senjata ini dikeluarkan.
7) PERKAKASAN TEKNOLOGI

Jika era tahun 90-an industri ICT telah melahirkan teknologi baru pada waktu tersebut iaitu teknologi CD (compact disk). Jika era tahun 2000 pula lahirnya teknologi DVD yang memberi kesan besar dalam industri IT dan perfileman. Kini teknologi DVD tersebut telah berkembang dan dimajukan dan menghasilkan teknologi lebih baik. Teknologi yang dihasilkan ialah teknologi Blu-ray dan HD. Teknologi ini mengandungi storan yang lebih besar dari dvd biasa yang berkapasiti 4.3 GB. Teknologi Blu-ray dan HD DVD mempunyai kapasiti yang berkali ganda besarnya dan dapat menghasilkan kualiti output yang lebih baik dan amat memuaskan.
Teknologi Blu-ray dan HD adalah dua teknologi berbeza yang berjaya dihasilkan dan dipasarkan.
 
8) TERCANGGIH DARI SAMSUNG (TELEFON BERKAMERA)



Samsung telah melancarkan telefon berkamera pertama 10 megapiksel. Kamera tersebut juga mempunyai fungsi lensa boleh zoom optikal 3X dan digital 5X. Model SCHB600 ini hanya berada di pasaran Korea. Ia akan berada di pasaran dunia pada musim luruh nanti.

Spesifikasi Samsung SCH B600
- Standard: CDMA 2000 1X EVDO ( 800 MHz)
- Kamera: 10 Megapiksel
- Paparan: 2.2 inci 240×320 262K Color TFT
- Video Recording & Messaging (MPEG4 / H.264)
- MP3/ AAC / AAC+
- Speaker
- Bluetooth / PictBridge / Pengecaman suara
- Document Viewer / TV-output / BT Printing
- Memori: MMCmicro external memory


9) KAPAL DARIPADA BATANG MANCIS



SOUTHAMPTON, Britain - Seorang bekas pekerja pelantar minyak, David Reynolds menghabiskan masa selama 10 tahun untuk membina 20 buah model kapal legenda dengan menggunakan batang mancis, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Reynolds, 51, menggunakan masa lebih 10,000 jam melekatkan 250,000 batang mancis untuk membina model kapal itu seperti Titanic, Queen Mary QE2, Cutty Sark, May Flower, USS Constitution, HMS Victory dan yang terbaru Mary Rose.
Dibina dengan menggunakan batang mancis standard dan gam PVC, setiap model kapal itu melibatkan kos antara £300 (RM1,465) dan £400 (RM)1,954) untuk dibina.
"Bahagian yang melibatkan masa paling lama untuk dibina ialah blok dan kelengkapan kapal," katanya.
Menurutnya, dia memulakan hobi itu selepas seorang anak lelakinya, Mark, 23, membelikannya satu alat pembinaan model selepas dia diberitahu bapanya terpaksa berehat di dalam rumah selama beberapa bulan kesan daripada satu pembedahan.
10) SKUTER UNTUK MENYELAM DI TERUMBU KARANG


Seorang pereka Britain, Andrew Sneath memperkenalkan skuter selam HydroBoB bagi meneroka kawasan terumbu karang, lapor sebuah akhbar semalam.
Mereka yang tidak pandai berenang boleh menaiki skuter itu untuk meneroka lokasi-lokasi pelancongan di seluruh dunia sehingga kedalaman 30 meter selepas mendengar penerangan mengenai operasinya selama 10 minit.
Pengguna HydroBOB tidak perlu memakai gogal, peralatan pernafasan atau sut selam.
Para pengguna itu boleh memakai cermin mata dan bercakap ketika berada di dalam air.
Sebuah kubah kaca memberi pandangan 180 darjah manakala kenderaan itu dilengkapi dengan tangki oksigen yang boleh digunakan selama sejam di dalam air.
Skuter itu dijana dengan menggunakan bateri 12 volt yang terletak di bawah tempat duduk yang membolehkannya bergerak selaju dua knot.
Setakat ini, Sneath menerusi syarikatnya, Hydrodome, mengeluarkan 350 HydroBoB untuk disewa di beberapa lokasi pelancongan di dunia termasuk Kepulauan Bahamas, Australia dan Tenerife.

BIODATA



Nama : Siti Khadijah Nordin

No matriks : A127843

Program : Ijazah Sarjanamuda Sains Sosial dengan Kepujian Pembangunan Manusia (FSSK)

Tahun Pengajian : 2

Semester : 2 Sesi 2010/2011

Tutorial :     Hari : Selasa
                  Masa : 8-10 malam
                  Tempat : Makmal 3

Email : ija_bucuk2@yahoo.com

No. hp : 0133918859

No. tel Waris : 0129514942 (Nordin bin Mat Roni -ayah)

Alamat Kolej : Blok A2-308 Kolej Pendeta Za'ba UKM

Alamat Rumah : Rumah Warden Aspuri SMK Alor Akar 25050 Kuantan Pahang Darul Makmur