Friday, January 28, 2011

10 GAMBAR MENGENAI TEKNOLOGI DAN INOVASI

1) KOTAK EKSESORI




Kotak ini digunakan untuk menyimpan eksesori wanita. Kotak ini mempunyai 3 bahagian bagi memuatkan kesemua eksesori pemilik tersebut. Kotak ini mudah disediakan dan ringan.


2) KERETA DARI GEL LEMBUT

Kereta ini merupakan kereta rekaan HONDA dan diberi nama PUYO. Kenderaan ini direka dengan ciri lebih mesra alam dan berkonsepkan kenderaan masa depan. Badan kereta ini diperbuat daripada gel lembut yang akan membuatkan orang mahu menyentuhnya. Bahan bakar yang digunakan untuk menggerakkannya adalah Hidrogen. Hidrogen dijana bersama udara untuk menghasilkan tenaga elektrik. Kenderaan ini juga mengeluarkan air pada ekzosnya. 
3) CERMIN MATA MENTERJEMAH

Cermin mata tanpa kanta ini berfungsi menterjemah perkataan dalam bahasa Inggeris kepada bahasa Jepun. Cermin mata ini direka dengan dilengkapi komputer yang mampu menyediakan sarikata drama televisyen atau filem semasa perbualan antara dua orang yang memakainya. Setiap perkataan pengguna akan dirakam oleh mikrofon sebelum diterjemahkan dan disiarkan pada cermin mata penggunanya. Pengguna dapat memastikan perbualan itu berjalan dengan lancar.
 4) MESIN CUCI UNIK BERSOFA


Mesin ini bukan sahaja digunakan untuk mencuci dan mengeringkan pakaian tetapi juga turut berfungsi sebagai sofa. Mesin ini tidak memerlukan serbuk pencuci dan air sebaliknya membersihkan pakaian dengan menggunakan udara. Maka pakaian tidak perlu dikeringkan.

5) ROBOT MEMASAK

Robot ini direka khas untuk membantu tugas manusia. Robot ini bernama Okonomiyaki. Robot ini boleh melakukan semua proses membuat roti, seperti mengadun, menuang ramuan ke loyang, membalik makanan dan menyajikan di atas piring.
6) KAPAL PERANG SILUMAN

Kapal ini tidak dapat dikesan oleh radar pihak musuh. Kapal ini bersifat senyap dan mampu menepati sasaran. Senjata kapal ini disembunyikan di dalam tubuh kapal. Apabila terjadi pertempuran barulah senjata-senjata ini dikeluarkan.
7) PERKAKASAN TEKNOLOGI

Jika era tahun 90-an industri ICT telah melahirkan teknologi baru pada waktu tersebut iaitu teknologi CD (compact disk). Jika era tahun 2000 pula lahirnya teknologi DVD yang memberi kesan besar dalam industri IT dan perfileman. Kini teknologi DVD tersebut telah berkembang dan dimajukan dan menghasilkan teknologi lebih baik. Teknologi yang dihasilkan ialah teknologi Blu-ray dan HD. Teknologi ini mengandungi storan yang lebih besar dari dvd biasa yang berkapasiti 4.3 GB. Teknologi Blu-ray dan HD DVD mempunyai kapasiti yang berkali ganda besarnya dan dapat menghasilkan kualiti output yang lebih baik dan amat memuaskan.
Teknologi Blu-ray dan HD adalah dua teknologi berbeza yang berjaya dihasilkan dan dipasarkan.
 
8) TERCANGGIH DARI SAMSUNG (TELEFON BERKAMERA)



Samsung telah melancarkan telefon berkamera pertama 10 megapiksel. Kamera tersebut juga mempunyai fungsi lensa boleh zoom optikal 3X dan digital 5X. Model SCHB600 ini hanya berada di pasaran Korea. Ia akan berada di pasaran dunia pada musim luruh nanti.

Spesifikasi Samsung SCH B600
- Standard: CDMA 2000 1X EVDO ( 800 MHz)
- Kamera: 10 Megapiksel
- Paparan: 2.2 inci 240×320 262K Color TFT
- Video Recording & Messaging (MPEG4 / H.264)
- MP3/ AAC / AAC+
- Speaker
- Bluetooth / PictBridge / Pengecaman suara
- Document Viewer / TV-output / BT Printing
- Memori: MMCmicro external memory


9) KAPAL DARIPADA BATANG MANCIS



SOUTHAMPTON, Britain - Seorang bekas pekerja pelantar minyak, David Reynolds menghabiskan masa selama 10 tahun untuk membina 20 buah model kapal legenda dengan menggunakan batang mancis, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Reynolds, 51, menggunakan masa lebih 10,000 jam melekatkan 250,000 batang mancis untuk membina model kapal itu seperti Titanic, Queen Mary QE2, Cutty Sark, May Flower, USS Constitution, HMS Victory dan yang terbaru Mary Rose.
Dibina dengan menggunakan batang mancis standard dan gam PVC, setiap model kapal itu melibatkan kos antara £300 (RM1,465) dan £400 (RM)1,954) untuk dibina.
"Bahagian yang melibatkan masa paling lama untuk dibina ialah blok dan kelengkapan kapal," katanya.
Menurutnya, dia memulakan hobi itu selepas seorang anak lelakinya, Mark, 23, membelikannya satu alat pembinaan model selepas dia diberitahu bapanya terpaksa berehat di dalam rumah selama beberapa bulan kesan daripada satu pembedahan.
10) SKUTER UNTUK MENYELAM DI TERUMBU KARANG


Seorang pereka Britain, Andrew Sneath memperkenalkan skuter selam HydroBoB bagi meneroka kawasan terumbu karang, lapor sebuah akhbar semalam.
Mereka yang tidak pandai berenang boleh menaiki skuter itu untuk meneroka lokasi-lokasi pelancongan di seluruh dunia sehingga kedalaman 30 meter selepas mendengar penerangan mengenai operasinya selama 10 minit.
Pengguna HydroBOB tidak perlu memakai gogal, peralatan pernafasan atau sut selam.
Para pengguna itu boleh memakai cermin mata dan bercakap ketika berada di dalam air.
Sebuah kubah kaca memberi pandangan 180 darjah manakala kenderaan itu dilengkapi dengan tangki oksigen yang boleh digunakan selama sejam di dalam air.
Skuter itu dijana dengan menggunakan bateri 12 volt yang terletak di bawah tempat duduk yang membolehkannya bergerak selaju dua knot.
Setakat ini, Sneath menerusi syarikatnya, Hydrodome, mengeluarkan 350 HydroBoB untuk disewa di beberapa lokasi pelancongan di dunia termasuk Kepulauan Bahamas, Australia dan Tenerife.

2 comments:

  1. gadjet ini mmg menarik tetapi pasaran tak memungkinkan dimiliki oleh semua orang, mungkin harga kos pengeluaran dapat dikurangkan supaya aplikasi teknologi ini dapat digunakan semua orang :D

    ReplyDelete
  2. Salam Farida,

    Terima kasih di atas ulasan anda itu.

    Memang ada kebenarannya,tapi masih terdapat juga teknologi dan inovasi yang menggunakan kos yang rendah malah boleh dibuat dengan sendirinya. Contohnya ialah kotak perhiasan dan kapal daripada mancis itu.

    Sekian terima kasih

    ReplyDelete